MyFace

...

Sebelum memulakan entry...nak ucapkan tahniah kpd pasukan NS kerana berjaya menjulang PIALA MALAYSIA dalam perlawanan menentang Kelantan sebentar tadi. Hoben Jang Hoben ! Nak declare tadika cuti hari Isnin...LOL

Ok...back to entry .....Bak kata Kak Eton "Semua org dah ada Facebook sekarang". "Add la akak..." tambah Kak Eton lagi. Kak Eton yg jual karipap kat depan rumah ray adalah antara jutaan yg memiliki akaun Facebook ! Laman web sosial ini semakin popular di kalangan penjual karipap. Semakin banyak pilihan sekarang utk bersosial di alam maya.






Kalau dulu ada friendster, Myspace dan Facebook, kini muncul rangkaian sesawang sosial terbaru "MyFace". MyFace akan dilancarkan secara besar-besaran tidak lama lagi.

Tettttt!!

Takde maknanya....

My sis lah founder "MyFace" atas ketelanjuran katanya. My sis [si buta IT] baru buka akaun FB. Dalam nak menunjuk2 yg dia dah ada akaun ....dari panggilan FaceBook dah jadi MyFace. Sesuka hati je......sedap mulut dan memandai2 je.


"Ibu dah ada akaun MyFace!!" kata Kak Juli dengan riak muka 'jobo' kpd anak-anaknya dengan tujuan nak menunjuk-nunjuk...LOL. walhal akaun tersebut dibuka oleh suami beliau.

"MyFace ???" "Apa tu?" balas salah seorang anaknya.

Satu keluarga gelak...

My brother in law terus amik cermin kecik dan dihalanya cermin tu ke muka kak Juli...."MyFace ni ke?" kata abg sham sambil mengetawakan isterinya.

Keesokan harinya dengan gigihnya Kak Juli membuka akaun emailnya. Dalam inboxnya...ada "kawan lama" add dia kat Facebook.




"Camne nak bukak ni ya?" rungut Kak Juli sambil terkial2 menekan mouse. Setelah di KLIK ...kata laluan diminta....tak henggat la pulak. Ya la kan...mana nak henggat...suami yg buatkan. dengan gigihnya dia kol suaminya meminta password. Dengan bantuan anaknya Nily yg berusia 15 tahun dan dengan kata laluan yg diberikan suaminya, Kak Juli berjaya membuka Myface...LOL. Setelah mengapprove kawannya itu...Kak Juli ditegur kat ruang wall....

"nak tulis apa ek?" tanya Kak Juli lagi...

"Ibu balas la....letak thnks for the add" jawab Nily mengajar ibunya utk bersosial.

Dengan membuka akaun MyFace...Kak Juli telah ditegur oleh rakan sekolah rendahnya yg dia sendiri tak kenal...hahahah...lawak2....lelaki pulak tu !

"Aiyooo siapa plak ni??" rungut Kak Juli. Terkejut la kan...tetiba je ada org menyapanya bertanyakan tentang sekolah lamanya tu.

Sebelum meninggalkan rumah Kak Juli petang tadi.....dengan selambanya dia bgtau ray...suruh ray add dia kat akaun Myface nya itu...LOL

Apa pun...she sort of addicted to it....tak lama lagi ray bakal menyaksikan Kak Juli conquer desktop kat tadika utk melayari MyFace nya itu.

Curious nak tahu. Dapatkah Kak Juli bertahan? atau hanya "hangat2 tahi ayam" je? Kita tengok je la nanti. Tah2 password tu pun dia tak henggat. LOL. Kalau nak berkenalan dengan Kak Juli niehhh...silalah add dia dengan email...juli@streamyx.com Entah dia appove korang ke tidak. allahualam!!! tapi mesti dia perasan dia popular kalo korang ramai2 add dia kan? LOL


By the way..... profile picture Kak Juli pun masih kosong....Myface apa kemendanya...???


...

Muka Ketat

.....



Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Ucapkan kata2 itu dengan muka anda yg ketat. Ya, la kan...siapa yg tak sukakan kecantikan?


Al kisah seorang artis wanita yg ingin berkongsi rahsia kecantikan wajahnya dengan umum. Al maklum la kan...public figure...mesti yg ingin tahu apa rahsia disebalik kecantikan wajah itu. Dalam perkataan yg lebih tepat....rahsia disebalik wajahnya yg ketat.

Apakah itu "muka ketat"? Kulit muka yg tegang sehingga ianya kelihatan sangat palsu. Bila senyum nampak dibuat-buat. Mimik muka sangat limited. Muka sedih mcm tu...muka risau...macam tu....muka marah pun macam tu...LOL

"Apakah rahsia kecantikan wajah Kak Norma ?" [ bukan nama sebenar ] tanya seorang wartawan yg dengan sengaja nak propah lebey. Wartawan kan biasanya suka bertanya menda yg mereka dah tau...saja je nak dengar statement utk menghangatkan isu.

"Kak Norma selalu minum air masakk, makan ulam/sayuran yg banyak dan berkat amik air sembahyang..." jawab Kak Norma dengan satu nada tanpa rasa bersalah.

Ternganga mulut penonton mendengarnya. Ada jugak yg menganguk-anggukkan kepala tanda percaya mereka kepada petua artis tersebut. Jangan tak tau...ada jugak yg nak terbeliak bijik mata bila mendengarnya....Wartawan itu hanya tersengeh kerana jarum dah masuk lobang. Esoknya, bila nak publish artikel tajuk headline nyer ialah "KAK NORMA AMALKAN ULAM JAGA KECANTIKAN"....LOL.

Apalah kemudaratan yg bakal diterima dengan mengamalkan petua tersebut? Tiada. Kerana apa yg dinyatakan adalah tabiat yg positif. Ada korang dengar kes makcik makan ulam muka dorang jadi bersisik? kendur dan melondeh? Ada? Ada? Habaq kat cheq kalau ada. No harm done kan? So apa lagi nak kecoh2...biar je la...suka hati la apa artis tu nak cakap. Tak menyusahkan pun ? Gitu?



Yang mengangguk

Makcik Jenab, 50 tahun ++ yg selama ini tinggal dikampung, rajin bersolat [maknanya selalu amik sembahyang], makan ulam & sayur-sayuran, minum berbotol2 air masak sehari... tidak pula secantik wajah idolanya Kak Norma yang seusianya dengannya. Apa bezanya ulam yg Kak Norma dengan ulam yg Makcik Jenab makan? Berlainan gred kah? imported kah? berbaja bahan organik kah?


Poor makcik Jenab ! Percaya dengan mengamal petua artis pujaannya, membolehkan wajah menjadi ketat seperti yg dilihat di kaca tv.



Yang terbeliak bijik mata.

Golongan ini langsung tak percaya apa yg diperkatakan oleh Kak Norma tu.
"Alahai.....apa ko ingat kita org ni BODOH sampai tak tahu beza...antara suntik dgn kecantikan semula jadi ??!!!" "Makcik Semah yg duduk corok tu boleh la ko tipu wahai Kak Norma !!!"

Selain daripada terbeliak bijik mata...kesan sampingan pada golongan ini ialah rasa mual2 dan ingin muntah bila mendengar statement tersebut.

Bak kata seorang primadona dunia lakunan "Muka je ketat....leher beropol-ropol". Apakah makan ulam takde kesan pada leher? Pandai pulak khasiat ulam tu pergi ke bahagian muka ya?

Peliknya ada segelintir golongan yg percaya bulat2 apa yg diperkatakan. Mereka menaruh harapan agar kelihatan secantik seperti Kak Norma dengan mengikut petua yg telah diberikan. Walhal Kak Norma mendapatkan rawatan muka berharga ribuan ringgit. Cucuk sana...cucuk sini....kasik tegang apa yg telah kendur. Part leher yg beropol kalau boleh ditegangkan dah lama dorang buat kut.


Wahai Kak Norma, sekiranya kebenaran memeritkan atau rasa segan utk membuat pengakuan ...rasanya tidaklah perlu sehingga mengeluarkan petua mcm tu. Makan ulam la...amik air sembahyang la....minum air masak laaa....

Why ray brought up menda ni? Masa kat kampung tgh berborak2 ngn makcik2 ketika kenduri kendara...keluar kesah ni. Makcik ni taksub ngn artis ni sehinggakan dia quote and unquote petua artis pujaannya itu. Siap promo suruh kawan2 yg lain2 amalkan, agar kulit kelihatan tegang sentiasa. Masalahnya...kulit makcik tu takde la tegang mana. Jauh bezanya dengan ketegangan kulit artis pujaannya itu.

Dari apa yg ray perhatikan, mereka mudah terpedaya dengan apa diperkatakan. Naive sangat. Dalam kerancakan perbualan keluar suara sorang makcik berhaluan kiri membidas. Dari kesah petua menegangkan kulit....terus menegangkan keadaan...LOL. Lain pulak yg tegang !


Bagi menegangkan lagi keadaan...hahaha..share la jugak rahsia kecantikan/kelicinan/ketegangan kulit muka korang. Apa produk korang pakai....ubat yg korang makan....amalan yg dipraktikkan. Nak cantik sorang je ? Share la....jangan kemut ya.....kerana kecantikan itu adalah hakmilik setiap insan. Cantik sangat ke muka korang sampai xnak share ? LOL


....

Persediaan Menyambut Tetamu Konservatif

...


Apakah bentuk persediaan yg perlu diadakan bagi menyambut kunjungan saudara yg konservatif ?

Hujung minggu ini, apartment ray akan dikunjungi oleh pasangan suami isteri yg konservatif. Kunjungan ini adalah salah satu transit mereka sementara menunggu utk ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya disebelah malam. Mereka bakal menunaikan haji.

[ Tiba2 teringat lagu - Bulan haji...telah tiba lagi...menunaikan ibadah...panggilan Baitullah and so on ]

Bila ada tetamu datang berkunjung beberapa persediaan bagi memastikan keselesaan hendaklah dilakukan. Standard la tu kan. Macam tak biasa. Tapi kali ini agak berbeza....kerana tetamunya adalah orang sangat konservatif. Yang paling pedih...mereka akan cakap LEPAS.

Sebelum menerima kunjungan mereka, ada beberapa perkara yg perlu korang lakukan.

1- Menyimpan kesemua DVD yg ratingnya 18SX.

Takut plak ada yg terperanjat tgk cover dvd cerita Hollywood yg kebiasaannya sexy mexy.
DVD seperti filem dibawah is OK.





2- Menyimpan majalah2 hiburan, fesyen etc

Majalah fesyen yg kebanyakkannya terdedah sana sini haruslah sorok dari pandangan mata. Banyak nak kena sorok ni sbb...ray ada koleksi majalah fotografi/hiburan yg tersangatlah banyaknya. Because too much SKIN was shown dalam majalah fesyen ni.


3- Menyimpan dekorasi berbentuk benda yg hidup

Rumah ray ada ukiran kayu berbentuk zirafah. Benda ni ray beli sebagai tanda ingatan semasa berada di Johanesburg, South Africa beberapa tahun yg lepas.

Malaikat tak masuk rumah...kalau rumah ada patung2 ni. Mmg confirm akan ditegur kalau dibiarkan !! So removekan...patung kucing, barbie, gajah, panda yg korang ado.

Teringat ray pada satu statement seorang rakan. Bila ada teguran/leteran orang tua, tentang malaikat tak masuk rumah bila rumah ada patung, dibalas dengan...

"Ehh..ada la ....malaikat yg conpem akan masuk....ialah ....Malaikat Maut !!"

Terbeliak bijik mata orang tua tu bila dengar jawapan itu.


4- Lukisan/Gambar

Semua lukisan berbentuk muka manusia kena dialihkan utk sementara waktu. Begitu juga dengan gambar2 sexy korang bersama gf/bf yg menghiasi bilik tido korang.

Poster2 Shakira, Beyonce, Pussy Cat Dolls yg ado kat bilik tido korang tu silalah tanggalkan...hahaha. Rumah ray xde poster...so save dah satu keja.

Rumah ray ada beberapa lukisan Megat yang berupa manusia....menghiasi ruang utama terpaksalah dialihkan.


5- Berpakaian kemas

Jangan masa dorang datang....baekk punya dengan seluar pendek menampakkan peha...LOL. Yang perempuan plak spagetti string, g-string...elakkan. Selubungkan diri dengan kain selimut lebih selamat. LOL

Tak pun sarungkan saja baju kelawar pada yg perempuan tu.


6. Menyediakan kain batik/pelikat & sejadah

Pada rumah yg xde sejadah tu nampak sgt korang x sembahyang kan? huhuhu. Jangan plak sejadah ada... tapi bila ditanya arah kiblat ...terkebil2 nak jawab...LOL

lebih baik sediakan satu bilik berasingan utk mereka bersembahyang. Bukan bilik yg ada gambar poster Madonna di dinding...LOL


7. Sediakan gayung atau paip getah

Pada rumah yg serba moden la kononnya dimana toilet korang DRY TOILET katanya...., sediakanlah gayung bersama baldi atau paip getah. Convert toilet korang kepada WET TOILET. Kalau korang x convertkan.....sudah pasti ia akan diconvertkan secara automatik !!! It will be wet anyways.

Dry toilet just don't work with conservative people.



Membuat persediaan..bukanlah tujuan utk berpura-pura tetapi lebih kepada menghormati kehadiran tetamu yg ternyata sensitif dengan perkara2 diatas. Takkan nak cari penyakit dengan membiarkan apa yg ada.


Ada lagi tak menda2 yg ray missed out? LOL
Let me know...before it's too late.



...

Crew Life 19 : Basic Courtesy Techniques

...


I'm not sure how well acquainted you are with Lat's Cartoons. If you are, then what I about to show you will quickly bring out that smile in you when you see various scenes. It's about things that cabin crew should NOT do while on duty.


You have never seen this published anywhere unless you are one of Singapore Airlines crew. Singapore Airlines Inflight tranning Department have taken different approach by publishing a booklet to their crew to improve their inflight services few years back.


When talking to passangers, take care that your comments do not sound over-fimiliar or insinuating. Hahahaha! Kalau relate kat Malaysian Scene...."Cik Ajibah....banyak shopping....buat business masyuk kan? Ingat la sikit weiii..cik ajibah is not your best friend.



Words in Haste Do service waste ! Ada ke enjoy your panadol. Manusia mana enjoy makan ubat cik Saudah oiiii ! Orang dah pening kepala ...enjoy la sangat ubat kan??



Trigger Finger ! Yang ni very the basic. Dari kecik lagi kita diajar jangan point finger kat orang macam ni....It's very rude to point your finger directly to people. Ini kan lagi pointing your middle finger tu..... lain plak maksudnya kan.





Mean what you say - Ensure that your body language does not communicate negative messages to others. Cakap lain tapi reaksi lain....Body language also is one way of communicating yaaaa...heheheh (u know what i mean).




The Traffic Policewoman - Be aware of non verbal behaviour. Your body language, posture and facial expressions may offend people unintentionally.



Banyak lagi scenes sebenarnya....nanti kalau masa mengizinkan, ray akan publish more.


So, learned something today?



...


 

Exclusive Design [r][a][y] 2008